Wednesday, 28 March 2012

PENGENALAN




PENDAHULUAN

Pendidikan Moral ialah satu program yang mendidik murid supaya menjadi insane yang bermoral atau berakhlak mulia dengan menekankan aspek perkembangan pemikiran moral, perasaan moral dan tingkah laku moral.

Pendidikan Moral di sekolah rendah memberi tumpuan kepada usaha memupuk kekuatan kerohanian dan kemoralan murid melalui penghayatan dan amalan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia yang terdapat dalam agama, tradisi dan adat resam pelbagai kaum di negara ini.  Dengan itu murid dapat membina satu panduan hidup yang membolehkan mereka menjadi insan yang bermoral.  Ini membolehkan mereka menjadi individu yang bertanggungjawab moral dan sosial terhadap segala keputusan dan tindakan yang dilakukan.

Beberapa prinsip utama telah dikenal pasti sebagai panduan dalam melahirkan insan yang menyeluruh dari segi jasmani, intelek, emosi, rohani dan sosial.


MATLAMAT

Kurikulum Pendidikan Moral bermatlamat membentuk insan berakhlak mulia, bertanggungjawab dan boleh menyumbang ke arah keharmonian dan kestabilan negara serta masyarakat global.


OBJEKTIF

Kurikulum Pendidikan Moral membolehkan murid:
1. Memahami dan menghayati nilai-nilai murni masyarakat Malaysia;
2. Meningkatkan amalan budi pekerti mulia;
3. Menyedari dan menerima kepentingan tanggungjawab moral dan sosial bagi mengekalkan kesejahteraan hidup dalam perhubungan diri dengan keluarga, masyarakat, negara serta alam sekitar; dan
4. Mengembangkan pemikiran moral, perasaan moral dan amalan moral dalam  membuat sesuatu pertimbangan dan keputusan yang selaras dengan nilai-nilai  murni masyarakat Malaysia.



No comments:

Post a Comment